Followers

Tuesday, February 21, 2012

untitled

bila tulis entry nie, aku memang tak tawu nak bagi tajuk ape.. but aku tetap nak menulis jugak walaupun nampak macam takde hala tuju je entry aku nie.. memang aku akui aku nie ego orangnya.. tapi bila dengan dia, aku jadi lain, aku cair dengan dia, senang je perkataan "maaf" tu keluar dari mulut aku untuk dia.. sebab apa?? sebab aku terlalu sayang kat dia sangat-sangat.. dan aku tak boleh kehilangan dia.. mungkin entry aku nie menjiwang sikit, tapi takpelah.. asalkan aku rasa release okay la tu.. before nie, aku tersangat ego, sampaikan kadang2 salah aku pon aku taknak mengaku.. tapi bila dengan dia, aku tetap ungkapkan maaf walaupun aku rasa aku tak salah apa-apa.. sebab apa?? sebab aku sayang sangat dekat dia.. mungkin dia tak nampak sayang aku pada dia sebab aku memang tak romantik macam dia.. but, apa yang aku tahu, memang dia sorang je yang aku sayang.. i'm willing to do anything for him.. maybe dia tak nampak semua tu.. mungkin salah aku jugak yang tak pandai jaga hati dia and tak pandai ikut rentak dia.. insyaallah lepas nie aku janji aku akan kurangkan pergaulan aku dengan membe2 lelaki.. aku taknak dia makan hati je.. kitaorang memang banyak perbezaan.. tapi orang kata, banyak beza tu lah jodoh untuk saling melengkapi.. aku mintak maaf pasal perselisihan yang berlaku antara kita.. biasalah kan, Allah nak uji sejauh mana kuatnya hati kita nie.. tapi, jujur dari hati aku, aku memang sayangkan dia je.. takde orang lain dah.. fullstop.. aku janji aku akan berubah walaupun sikit-sikit, tapi aku akan berubah.. untuk kamu sayang.. just for you..

Saturday, February 18, 2012

rose merah =)

walaupun dilanda period pain seharian, tapi aku gagahkan jugak diri aku untuk keluar bershopping dengan si dia Mr. Sayang saya.. wah2!dah naik pangkat Mr. Sayang pulak ye.. of course la kan.. aku memang sayang dia.. wajar lah panggilan itu untuk dia.. destinasi pertama kami macam biasa la, Bukit Jambul yang memang selalu sesak tu.. bukan apa, ramai orang suka shopping kat MYDIN nie.. sebab harga berpatutan and dengan erti kata lain memanglah "murah gila" kot.. dan aku pon termasuk lah dalam kalangan orang ramai tu jugak sebab aku pon suka shopping kat sini.. jimat duit sikit sebab barang2 pon murah.. nak dijadikan cerita, kitaorang berdua teringin nak makan secret recipe.. and secara spontan nya pon kami decide untuk pergi ke queensbay sebab kat BJ takde secret recipe.. weeeeee~ seronok kot dapat makan kek.. dah habis shopping, kitaorang lepak tepi pantai kat QB tu.. then Dia tanya aku, "awak cintakan saya tak?" aku pon jawablah "of course lla saya cintakan awak". then, dia terus keluarkan sekuntum mawar merah dari belakang badan dia and say "saya pon cintakan awak jugak" sambil menghulur rose merah tu kat aku.. ooommjayyy!!! unexpected gila kot.. tak pernah ada orang bagi aku bunga before this.. aku sangat2 terharu kot and rasa sayang tu semakin hari semakin banyak.. tak terkira.. really really love him.. walaupun aku nie tak sesempurna gadis2 lain, tapi Dia tetap terima aku seadanya.. THANKS SAYANG




Friday, February 17, 2012

terharu

kalau lah boleh aku nak habiskan satu hari aku untuk cakap "TERIMA KASIH SAYANG" kat si dia... he did everything for me.. and aku hanya mampu ucapkan terima kasih sambil mengalirkan air mata terharu.. he loves me very much.. aku tahu memang susah sangat nak cari orang yang betul2 sayangkan kita.. tapi aku dah jumpa dah soulmate aku.. dia sangat2 sayangkan aku.. sanggup dia tak tidur semalaman semata-mata nak temankan aku.. semalam,aku pergi ambil kunci bilik kat hostel aku,SAUJANA.. nak dijadikan cerita, aku boleh tak perasan yang rupa-rupanya kunc tu aras 3 bilik 26.. sedangkan aku aras 4 bilik 26.. memang @7&#!^^$#!$*! la kan... pening kepala aku pikir nak tidur mana malam tadi..nak tidur bilik sebelah, dah penuh pulak sebab ada sorang membe aku ni pon tak amek kunci lagi.. then sayang aku pon decide ajak aku pergi library.. lepak kat library dari malam sampai la pagi.. and secara tak sengajanya, aku period pain malam tadi.. dia sanggup tak tidur and settlekan kerja memformat laptop membe kitaorang sampai siap.. dah la tak tidur, kena bagi pinjam bahu dia pulak untuk aku tidur... memang aku sangat2 terharu dengan dia.. tak pernah orang sayang aku sampai macam ni sekali.. actually ada banyak lagi benda yang dia buat sampai aku rasa dihargai sangat2.. tapi kalau cerita semuanya, sampai esok pon tak habis.. aku pulak berharap sangat yang perasaan dia kat aku tak berubah walau setitik pon and same goes to me too.. love you so much dear.. =)


p/s : aku memang dah jiwang dah ni.. kepada sesiapa yang tak berminat sila jangan baca ye.. hahahaha

Friday, February 3, 2012

proposed

malu pon ada nak cerita.. tapi rasa perlu cerita jugak.. aku mati-mati ingat bas aku sampai dulu kat sungai nibong pagi aritu.. tup2 dia sampai dulu.. tak macam bengang muka aku kan.. tebal semacam siottt.. tapi kalau ikotkan patutnya aku sampai dulu sebab aku kluang, dia jb.. tapi bas aku tu lambat sangat dan sekali gus telah memalukan aku.. cis punya bas! tak nak naek lagi.. satu lagi yang memalukan, dah la aku cakap kat dia aku nak gerak dulu.. memang melenting la dia kan.. last2 kena batang hidung sendiri.. dia sampai dulu.. memang bengang je muka aku time jumpa dia pagi2 buta aritu..then, bila dah amek kunci dari cik anderson heart yang MELETOPPP tu, aku pon gerak pegi bilik aku.. memandangkan aku memang rapat dengan aten, so aku sebilik dengan dia.. aten nie best sebab dia sporting je.. sempoi2 macam aku.. pagi tu aku pegi makan dengan aten dan dia.. hehehehe.. lepas makan aku dengan tak malunya bagitahu aten suruh balik dulu sebab aku nak date dengan dia.. aku pon tak sangka pagi tu akan jadi pagi yang bermakna sangat99.. dia lamar aku babe!!!!!! lengkap dengan gitar and sebentuk cincin yang sangat cantik... and serius dah macam cincin tunang.. aku tersangat-sangat lah happy time tu..tuhan aje yang tahu perasaan aku.. terharu sangat2..tak lupa jugak sebelum dia lamar aku tu, dia nyanyi kan lagu untuk aku.. lagu dari filem OMBAK RINDU yang hafiz nyanyi tu.. UNTUK KAMU.. pergghhh!!!! sweet gila kan... macam tak percaya je ada orang nak buat benda macam tu kat aku... by the way, sayang kamu sangat2...