Followers

Wednesday, December 19, 2012

passion

hello hello hello semua..selamat tengah hari..eh tapi jangan ingat aku bagun lambat pulak ye..aku dah bangun dari subuh tadi lagi..sebab pagi tadi ada test subjek Exploration geophysics pukul 9 and ada kuliah pukul 11 sampai 12..hurm,,,test yang agak mengecewakan sangat2 sebab aku tak dapat jawab dengan betul..sedih la weyh.. :(( tsk..tsk..tapi takpelah kan..benda dah lepas jangan dikenang..just go for the final exam..kasi pulun habis habisan!!chaiyok2!! final exam aku start 3 januari ni sampai 16 januari..then boleh lah balik after that..seronok tak terhingga sebab dah lama sangat aku tak balik kluang..rindu gila kat mak and family semua.. makkk nantikan kepulangan anakmu ini ye..:) by the way aku actually nak cerita pasal life aku yang tak berapa nak best nie..aku just nak luahkan perasaan aku..tak tahu nak luah kat sape lagi..

lately ni aku asyik moody je..maybe sebab period tak datang2 lagi kot..huhu..aku dah risau ni sebab dah lambat 2 hari..aku just nak beritahu yang dancing is my passion..aku suka menari sangat2..and aku nak highlight kan kat sini aku bukannya menari moden yang terloncat sana terloncat sini tu..aku just menari tarian2 tradisional kat malaysia..tak kira lah tradisional melayu ke cina india ke..but semua tradisional ye..jadi aku harap semua orang boley terima aku seadanya..aku yang suka menari nie..kalau ada yang tak suka, just leave me..jangan paksa2 aku untuk tinggalkan minat aku nie..just insyaallah sampai masa nanti aku akan berhenti jugak menari..aku takkan jadikan menari nie sebagai my major in life okay..i am a geophysicist to be and i really mean it..tinggal setahun setengah je aku kat usm nie..and dalam jangka masa tu jugak lah aku menari..tak lama pon..bila dah grad nanti kompem2 dah tak dancing dah..jadi just please understand my passion..terima kasih semua.. :)) 

Sunday, December 16, 2012

buzy

salam semua :))

nice monday rigth??but not so nice to me sebab banyak kerja nak kena buat..letih la..hari nie kerja pukul 4..tadi dok pulun buat assignment yang kena hantar esok..tadi pulak dok bincang2 kat facebook pasal nak buat meeting..rasa menyesal pulak bila terima jawatan jadi AJK sponsorship untuk program Petroleum Geoscience Conference Exhibition..memang letih lah hidup sebagai NOR ASMIDAH BINTI AZIZ nie..tapi, kena anggap semua tu ujian dan dugaan dari Allah untuk kita sama2 baiki kelemahan kita..kalau tak kena uji, macam mana nak tahu apa kekurangan kita kan??kan?? sabarlah wahai asmida..actually bukan senang kerja nak cari sponsor nie..susah kottt..nak kena kol sana kol sini..pakai kredit sendiri pulak tu..moga2 dapat kelim nanti..tambah pulak dengan keadaan aku yang tengah pokai ni..memang susah lah nak kol2 ni..jawabnya..esok pegi jumpa pengarah projek mintak kelim duit topup..banyak wooo aku habes duit selama cari sponsor ni..takde apa yang seronok pon hari ni untuk aku kongsikan..just kita kena sama2 ingatkan diri kita supaya jangan pernah mengeluh ye.. tetttt..padahal kat atas tu tulis nampak sangat mengeluhnya..hehehe..just nak share je apa yang aku alami hari ni..by the way, my Mr. Sayang buzy jugak minggu nie.. lagi berkali kali ganda buzy dari iollss..tapi sempat lagi dia text i setiap hari..sayang sangat kat kamuuu!!!! ok then,got to go now..bersiap2 pergi kerja.. tata :)) 
assalamualaikum..

Saturday, December 15, 2012

sakit

hye there miss blog yang comel..actually kita nak mengadu kat awak nie.. :((
kita accident motor isnin lepas..sakit gila luka2 akibat terseret dengan tar jalan raya nie..bukan salah kita,,kereta tu yang tak bagi signal..dah lah salah,maen lari je tinggalkan kita sorang2 kat situ..nasib baek ada orang yang baik hati tolong..luka semua kat sebelah kanan..lutut,jari kaki,and siku..saket wooo!! menangis kita masa mandi sebab pedih gila bila kena air.. nie dah seminggu berlalu luka kita makin pulih..makin kering..tapi still pedih lah sebab still nampak daging..(macam ngeri je bunyinya kan) dont worry semua..saya okay lagi..tapi nak dijadikan cerita, tak tahu lah kenapa pagi nie bangun tiba2 je rasa nak menjerit sebab tapak kaki tiba2 berdenyut2 and sakit gila tahap gaban!!!kita terus rasa menyesal pergi jogging semalam..maybe bentan kot..yelah,,belum betul2 recover dah sibuk2 pergi jogging..actually kita rasa bosan, sebab tu pergi jogging..plus dengan stress duit tinggal sikit,,tak tahu mana nak cari duit nak sampaikan ke bulan 1 kat usm nie..padan muka kita..degil sangat tak mau dengar cakap orang..padahal Mr. Sayang awal2 dah pesan kaki tu belum baek sangat, jangan pandai2 buat benda yang bukan2..amekkau!inilah balasannya..satu hari duduk terperap dalam bilik je..tak dapat nak keluar jalan2 amek angin..nak solat pon terseksa..baru semalam happy sebab dah boleh solat dengan selesa..tup2 hari ni solat dengan saket balik..Alhamdulillah..Allah masih sayang kita..dia bagi ujian sakit ni supaya kita lebih beringat untuk hati2 lepas ni..and beringat supaya dengar nasihat orang laen..sorry to my Mr. Sayang sebab tak ikot cakap awak..saya nie degil kan..??

p/s : orang kata jangan manjakan sakit tu,tapi aku tak manjakan then bentan pulak..sedih :((

understand

assalamualaikum dan evening semua :))

lama sudah tak bersua muka kan??terlalu lama tinggalkan blog nie..actually taklah buzy mana..just takde kesempatan menulis dan tak tahu nak tulis apa..sometimes tak semua cerita kita boleh kongsikan..kanzzz uolsss??hehe

tapi cerita kali nie memang kena kongsi lah sebab aku rasa memang ramai nak turunkan berat badan kan??first of all aku nak bagitahu satu statement dulu..if uolls semua nak tahu, berat iolls masa semester satu kat usm nie 58 kg tau!!berat kanzz???  tapi iolls pon tak pasti macam mana iolls boleh turun jadi 54 kg sekarang..(semester 3 di usm)..mungkin iolls terlalu letih dengan perkara2 yang membuzykan..hehehehe..

tapi,actually iolls still tak puas hati dengan berat tu..sebab kawan iolls pernah cakap iolls nie besar..tahulah korang kecik2..hurmmmm,sentap seketika..so, aku amek keputusan untuk turunkan berat badan lagi..and i choose herbalife..produk nie memang mahal sikit tapi aku rasa amat berbaloi..nak tahu sebab apa?aku baru je start minum minggu lepas tapi now berat i dah jadi 52 kg..impressive right??seronok gila dapat turunkan berat badan..tapi ada pantang-larang yang nak kena jaga lah...tak boleh makan nasi..gantikan nasi dengan shake 3 kali sehari..junk food lagi lah nonono!! plus dengan air mix tea 4 hingga 5 liter sehari..then,kesannya memang mujarab lah.. :))

aku target nak turun sampai 45 kg..hehe..barulah slim..cewahhh!!berangan saje..by the way, just nak tunjuk kat orang2 yang cakap aku besar tu, yang aku pon boleh kurus macam korang tau.. so,sesiapa yang berminat contact lah saya ye..insyaallah saya akan membantu anda turunkan berat badan..apa2 perkembangan saya akan update lagi nanty..see ya..salam :)) 

Friday, June 29, 2012

sama-sama

selamat bertemu kembali wahai cik blog tersayang.. lama rasanya kita tak bersua muka..haha.. begitu berabad lamanya saya meninggalkan awak.. almaklumlah, orang buzy memang begitu.. actually dah banyak benda berlaku dalam hidup aku.. macam-macam cabaran dan dugaan aku lalui.. haha..semuanya sedikit sebanyak mengajar aku macam mana cara nak hidup kat dunia ni.. semuanya termasuklah kenangan manis dan ada juga yang pahit-pahit sikit ditambah juga yang pahit-pahit banyak..kahkahkah.. cerita gebang sangat!.. by the way, aku dah pon menamatkan semester 2 aku pada tanggal 25 jun 2012 haritu.. seronok tak terkata bila dah habis exam!! hooooooraaaaaayyyyyyyyy!!!!!!!!!!!!!!!!!! gembira-gembira jugak,tapi tetap tawakal pada Allah supaya diberkati dan dimurahkan rezeki untuk dapat result yang cemerlang.. kepada sang kekasih yang tersayang, aku juga mendoakan kejayaan mu.. insyaallah kita berdua sama-sama berjaya.. aminnnnnn... nak dijadikan cerita, esok aku bertolak pegi CHINA.. hehe seronok gila dapat peluang pegi oversea.. bertuah sangat rasanya and bersyukur sangat kepada Allah sebab murahkan rezeki aku untuk terpilih untuk pegi ke china.. bukan senang nak dapat peluang besar macam ni.. so,aku takkan sia-siakan peluang yang aku dapat ni.. tak sangka tak sampai setahun jagung pon aku dah dapat peluang besar macam ni dalam group ADIKARMA ni.. insyaallah kalau panjang umur, aku akan still bergiat aktif dalam adikarma nie.. mudah-mudahan ada rezeki.. aku nak balas budi pegawai-pegawai atasan yang sudi pilih aku untuk pegi attachment ke china ni.. so,aku kena still bergiat aktif dalam adikarma.. plus ini memang minta aku sejak form 4 lagi.. aku memang tak puas lagi explore dunia tarian ni.. walaupun pada hakikatnya tak berapa nak elok semua benda ni, tapi aku yakin dengan niat yang betul dan ikhlas.. insyaallah Allah sentiasa ada bersama kita.. tapi aku tetap akan stop semua benda ni satu hari nanti, but not now, i'm still learning and i still want to learn more and more!!!hehehe... mak aku tak larang aku menari, jadi aku akan gunakan keizinan yang diberi tu sebaik mungkin.. sayaaaaaannggggggg mak!! so, end of the story, bubuye Malaysia..7 hari aku tinggalkan kamu.. jangan rindu aku ye,. ngeh3.. :) 

Wednesday, May 2, 2012

exhausted

rasanya tengok tajuk pon dah dapat agak apa yang aku nak tulis dalam entry kali ni..seriously, i'm really really exhausted..last friday, aku pergi Program Pemantapan Sahsiah Budaya kat ROYAL BELUM PERAK..haha jauh perjalanan luas pemandangan..semakin hari semakin banyak tempat yang aku dah jelajah..we have fun dekat hutan BELUM tu.. memang seronok habis la..tapi macam biasa la, untuk orang yang agak takut pada air macam aku nie, aktiviti "Water confident" tu memang killer habis lah..walaupun aku pernah je buat benda tu before ni, tapi disebabkan da lama aku tinggalkan zaman sekolah, so lama jugaklah meninggalkan Water Confident tu..nervous taak payah cakap lah..kompem2 ada sebab memang muka aku je senyum and ceria, tapi dalam hati nie Tuhan aje yang tahu..takut habis woo!!tapi, mula-mula je aku takut..dah lama-lama tu okay la jugak..aku bukan ape, aku nie jenis yang takut lemas..yela kan, nama pon suka tengok tv, ha!padanlah dengan muka aku..tengok macam2 cerita then terbawak-bawak dalam life aku..but, seriously aku memang have fun gila2 kat sana..


Then, tak habis dengan penat pergi camping tadi, hari ahad tu jugak aku balik rumah kat Kluang. memang exhausted sangat-sangat..tapi nasib baik ada my hubby tolong hantarkan aku sampai stesen bas..hehe..thanks sayang!!ilysm!! aku balik pon bersebab, aku nak kena test jpj untuk lesen aku..and berkat kepenatan dan usaha, aku berjaya lulus test tu.. dah lulus apa lagi,balik Penang semula la.. and lastly, i'd arrive here in Penang this morning. memang tersangat-sangat penat..sampai-sampai je kat bilik, aku terus mandi and zuuppp!!!terus mengadap laptop siapkan assignment SHE aku yang kena hantar hari ni..phew!!letih bebenor gamaknya..dan aku berharap jugak semua pihak yang berkenaan dapat memahami situasi kepenatan aku ini dengan sebaik mungkin..jika aku ada menyakiti,itu bukan bermakna aku benci or sengaja cari pasal, itu semua sebab aku stress dengan kerja2 aku yang banyak ni and plus aku penat melalui hari-hari yang padat..itu je rasanya yang nak aku coretkan kali nie..sampai jumpa lagi, insyaallah..

Tuesday, February 21, 2012

untitled

bila tulis entry nie, aku memang tak tawu nak bagi tajuk ape.. but aku tetap nak menulis jugak walaupun nampak macam takde hala tuju je entry aku nie.. memang aku akui aku nie ego orangnya.. tapi bila dengan dia, aku jadi lain, aku cair dengan dia, senang je perkataan "maaf" tu keluar dari mulut aku untuk dia.. sebab apa?? sebab aku terlalu sayang kat dia sangat-sangat.. dan aku tak boleh kehilangan dia.. mungkin entry aku nie menjiwang sikit, tapi takpelah.. asalkan aku rasa release okay la tu.. before nie, aku tersangat ego, sampaikan kadang2 salah aku pon aku taknak mengaku.. tapi bila dengan dia, aku tetap ungkapkan maaf walaupun aku rasa aku tak salah apa-apa.. sebab apa?? sebab aku sayang sangat dekat dia.. mungkin dia tak nampak sayang aku pada dia sebab aku memang tak romantik macam dia.. but, apa yang aku tahu, memang dia sorang je yang aku sayang.. i'm willing to do anything for him.. maybe dia tak nampak semua tu.. mungkin salah aku jugak yang tak pandai jaga hati dia and tak pandai ikut rentak dia.. insyaallah lepas nie aku janji aku akan kurangkan pergaulan aku dengan membe2 lelaki.. aku taknak dia makan hati je.. kitaorang memang banyak perbezaan.. tapi orang kata, banyak beza tu lah jodoh untuk saling melengkapi.. aku mintak maaf pasal perselisihan yang berlaku antara kita.. biasalah kan, Allah nak uji sejauh mana kuatnya hati kita nie.. tapi, jujur dari hati aku, aku memang sayangkan dia je.. takde orang lain dah.. fullstop.. aku janji aku akan berubah walaupun sikit-sikit, tapi aku akan berubah.. untuk kamu sayang.. just for you..

Saturday, February 18, 2012

rose merah =)

walaupun dilanda period pain seharian, tapi aku gagahkan jugak diri aku untuk keluar bershopping dengan si dia Mr. Sayang saya.. wah2!dah naik pangkat Mr. Sayang pulak ye.. of course la kan.. aku memang sayang dia.. wajar lah panggilan itu untuk dia.. destinasi pertama kami macam biasa la, Bukit Jambul yang memang selalu sesak tu.. bukan apa, ramai orang suka shopping kat MYDIN nie.. sebab harga berpatutan and dengan erti kata lain memanglah "murah gila" kot.. dan aku pon termasuk lah dalam kalangan orang ramai tu jugak sebab aku pon suka shopping kat sini.. jimat duit sikit sebab barang2 pon murah.. nak dijadikan cerita, kitaorang berdua teringin nak makan secret recipe.. and secara spontan nya pon kami decide untuk pergi ke queensbay sebab kat BJ takde secret recipe.. weeeeee~ seronok kot dapat makan kek.. dah habis shopping, kitaorang lepak tepi pantai kat QB tu.. then Dia tanya aku, "awak cintakan saya tak?" aku pon jawablah "of course lla saya cintakan awak". then, dia terus keluarkan sekuntum mawar merah dari belakang badan dia and say "saya pon cintakan awak jugak" sambil menghulur rose merah tu kat aku.. ooommjayyy!!! unexpected gila kot.. tak pernah ada orang bagi aku bunga before this.. aku sangat2 terharu kot and rasa sayang tu semakin hari semakin banyak.. tak terkira.. really really love him.. walaupun aku nie tak sesempurna gadis2 lain, tapi Dia tetap terima aku seadanya.. THANKS SAYANG




Friday, February 17, 2012

terharu

kalau lah boleh aku nak habiskan satu hari aku untuk cakap "TERIMA KASIH SAYANG" kat si dia... he did everything for me.. and aku hanya mampu ucapkan terima kasih sambil mengalirkan air mata terharu.. he loves me very much.. aku tahu memang susah sangat nak cari orang yang betul2 sayangkan kita.. tapi aku dah jumpa dah soulmate aku.. dia sangat2 sayangkan aku.. sanggup dia tak tidur semalaman semata-mata nak temankan aku.. semalam,aku pergi ambil kunci bilik kat hostel aku,SAUJANA.. nak dijadikan cerita, aku boleh tak perasan yang rupa-rupanya kunc tu aras 3 bilik 26.. sedangkan aku aras 4 bilik 26.. memang @7&#!^^$#!$*! la kan... pening kepala aku pikir nak tidur mana malam tadi..nak tidur bilik sebelah, dah penuh pulak sebab ada sorang membe aku ni pon tak amek kunci lagi.. then sayang aku pon decide ajak aku pergi library.. lepak kat library dari malam sampai la pagi.. and secara tak sengajanya, aku period pain malam tadi.. dia sanggup tak tidur and settlekan kerja memformat laptop membe kitaorang sampai siap.. dah la tak tidur, kena bagi pinjam bahu dia pulak untuk aku tidur... memang aku sangat2 terharu dengan dia.. tak pernah orang sayang aku sampai macam ni sekali.. actually ada banyak lagi benda yang dia buat sampai aku rasa dihargai sangat2.. tapi kalau cerita semuanya, sampai esok pon tak habis.. aku pulak berharap sangat yang perasaan dia kat aku tak berubah walau setitik pon and same goes to me too.. love you so much dear.. =)


p/s : aku memang dah jiwang dah ni.. kepada sesiapa yang tak berminat sila jangan baca ye.. hahahaha

Friday, February 3, 2012

proposed

malu pon ada nak cerita.. tapi rasa perlu cerita jugak.. aku mati-mati ingat bas aku sampai dulu kat sungai nibong pagi aritu.. tup2 dia sampai dulu.. tak macam bengang muka aku kan.. tebal semacam siottt.. tapi kalau ikotkan patutnya aku sampai dulu sebab aku kluang, dia jb.. tapi bas aku tu lambat sangat dan sekali gus telah memalukan aku.. cis punya bas! tak nak naek lagi.. satu lagi yang memalukan, dah la aku cakap kat dia aku nak gerak dulu.. memang melenting la dia kan.. last2 kena batang hidung sendiri.. dia sampai dulu.. memang bengang je muka aku time jumpa dia pagi2 buta aritu..then, bila dah amek kunci dari cik anderson heart yang MELETOPPP tu, aku pon gerak pegi bilik aku.. memandangkan aku memang rapat dengan aten, so aku sebilik dengan dia.. aten nie best sebab dia sporting je.. sempoi2 macam aku.. pagi tu aku pegi makan dengan aten dan dia.. hehehehe.. lepas makan aku dengan tak malunya bagitahu aten suruh balik dulu sebab aku nak date dengan dia.. aku pon tak sangka pagi tu akan jadi pagi yang bermakna sangat99.. dia lamar aku babe!!!!!! lengkap dengan gitar and sebentuk cincin yang sangat cantik... and serius dah macam cincin tunang.. aku tersangat-sangat lah happy time tu..tuhan aje yang tahu perasaan aku.. terharu sangat2..tak lupa jugak sebelum dia lamar aku tu, dia nyanyi kan lagu untuk aku.. lagu dari filem OMBAK RINDU yang hafiz nyanyi tu.. UNTUK KAMU.. pergghhh!!!! sweet gila kan... macam tak percaya je ada orang nak buat benda macam tu kat aku... by the way, sayang kamu sangat2... 

Tuesday, January 24, 2012

unexpected entry

kau milikku


dialah insan pujaan hatiku........
senyumanmu yang menawan...membuat hatiku terpaut akan senyuman yang kau berikan...
wajah mu yang rupawan...
dirimu begitu setia....membuat aku ingn lebih setia bersamamu...
suara mu yang comel...membuat aku sentiasa ingin mendengarnya...
dirimu begitu berharga, jadi aku tidak akan sakitinya....
airmata mu juga berharga oleh itu aku tidak akan sakiti hati mu lagi..
siang malam aku terfikir tentang dirimu....
cinta yang engkau berikan untuk diriku sangat bermakna....
sayang yg dicurahkan untukku,sangat indah....
rindu yang diberi sangat ku nanti......
aku ikhlas mencintaimu sepenuh hati....
aku ikhlas menyayangi mu seluruh jiwa dan ragaku...............
Ya Allah.... kekalkan lah hubungan kami dunia dan juga di akhirat....

jika waktu kita di dunia telah tamat. aku ingin kau temani aku di surga nanti.......................
Kalau aku hanya memiliki 3 detik untuk bernafas. Aku akan menggunakan 2 detik untuk mengatakan Aku Cinta Kamu.
Kalau aku kutub utara, pasti aku akan mencair kerana kehangatan cintamu.
Kata orang tak ada rotan akarpun jadi. Tetapi bagiku , jika kamu tiada, hiduppun aku tak sudi............
pabila aku talifon kamu sayang....tp mereka kata kamu tiada.... aku tetap senang hati....kerana, walaupun kamu tiada di rumah...tetapi kamu masih berada di hatiku..........aku bahagia bersama kamu.....


apa yang korang rasa bila ada orang tulis entry untuk korang macam nie???? ooommmjayyyy!! aku sangat2 terharu+speechless+rasa nak nanges pon ada+sangat happy sampai jatuh katil ..hahahaha time aku baca entry nie aku memang tak tahu nak bagi respon apa..aku sangat terkedu sebab tak sangka dalam masa yang sangat singkat dia boleh saynagkan aku sampai macam ni sekali.. kuat jugak ekk aura aku nie?? hehe..alamak!! terperasan sudah.. tapi serius aku cakap dia memang sayang gila kat aku.. dan aku??? hehe.. of course i love him more and more and moreeee!!!!!! sekarang aku tengah berdoa semoga semua orang around us boleh terima kitaorang berdua.. memang takut nak hadapai semua kawan2 dengan relationship yang baru ni.. but, i'll try my best.. hope semua orang okay.. aku suka gelak bila kawan2 aku ada boyfriend yang jiwang.. tapi tak sangak pulak aku punya lagi jiwang habis kot.. tapi baru aku tahu yang jiwang takde la geli mana.. seronok ape.?? kihkihkih.. aku pon macam dah nak transform jadi jiwang jugak.. orang kata cinta itu buta.. statement yang very very tepat aku rasa.. bila kita cintakan seseorang tu,kita tak kesah dia macam mana pon sebab bila kita cintakan dia, kita terima dia seadanya.. macam tu lah yang dia buat kat aku kot.. dia terima aku seadanya walaupun aku tak cantik and tak kurus macam perempuan2 lain kat luar sana.. thanks sayang!! sayang kamu setengah mati.. =)


p/s : nampak gayanya lepas ni entry aku semuanya jiwang2 la....hahahaha

Sunday, January 22, 2012

dear

takde apa yang penting nak diceritakan tapi ada sumting yang very2 the latest yang perlu aku sampaikan kat kau wahai belog ku..haha ..you kow what.?? i found someone new in my life and he really really really love me.. tak tahu lah macam mana dia boleh sangkut dengan aku.. tapi pada mulanya aku takut nak terus berkawan dengan dia.. my bestie cakap dia taknak aku jadi-jadian dengan si jejaka ini.. but, aku saje nak try dulu.. almaklumlah orang single nie bila ada orang masuk jarum melayan lah jugak kan.. tapi tak sangka pulak yang dia serius dengan aku.. firstly aku kira dah langgar prinsip aku la.. bukan apa, plan tak nak cintan cintun lagi dah.. tapi dah lari pulak dari prinsip tu.. tapi like i care??? haha.. takpe la kan.. apa salahnya mencuba.. kalau ada jodoh insyaallah.. kalau takde, biarlah Allah yang tentukan semuanya.. kepada bestie ku, saya harap kamu tak kesah saya dengan dia.. kami masih dalam percubaan.. cuma saya harap kamu dapat doakan saya.. from day to day, aku semakin sayang kat si dia.. tak tahu kenapa.. tapi, kalau berdasarkan header aku pon korang boleh perasan.. aku lebih prefer disayangi daripada menyayangi.. bukan ape, sia-sia menyayangi seseorang kalau dia langsung tak menyayangi kita.. jadi pilih lah orang yang sayang kat kita.. insyaallah kekal..  

Wednesday, January 4, 2012

FINE

okay fine!!! aku gemok kan
okay fine!!! aku tak kurus macam kau
okay fine!!! aku memang patung
okay fine!!! aku takde perasaan
okay fine!!! aku memang baik sangat
okay fine!!! aku tak mampu
okay fine!!! aku...aku...aku...




p/s : jgn layan kepala gila aku nie...wakakakakaka

Sunday, January 1, 2012

bahaya

esok aku start first paper aku... untuk final exam sem satu.. korang2 yang baek hati nie tolong doakan aku dipermudahkan urusan time jawab exam tu ea?? aku nervous laaa.. bukan ape, nie first time aku amek exam kat usm nie kan.. so gelabahnya tu semacam la sikit.. first paper, physics mechanics and itu memang killer subject.. DR. YUN punya soalan yg paling aku takut.. dia tu terlebih genius.. so, soalan pon mesti lah paham2 kan macam mane susahnye.. tetiba teringat mak and family kat rumah.. aku kena jawab exam betol2.. sebab harapan family.. tapi korang tengok lah aku nie.. study pon ala kadar je.. macam tak sungguh2 pon ade.. tapi aku memang berdoa sangat2 moga2 ALLAH sudi bantu insan yang lemah nie.. dalam nak exam nie ade jugak dugaan yang dilalui.. baru je tadi berlaku.. cenggini cerita nye.. tadi aku balik dari library terus pegi singgah makan kat kedai yang biasa kiteorang makan.. tup2 masa nak bayar,farah perasan purse dye hilang.. ape lagi, menggelabah la kan dye.. aku pon naik risau jugak.. takot la kalau2 tak dapat jumpa balik purse dye tu.. bila dah selongkar2 beg masing2 pon still takde jugak.. nak tak nak, memang jalan yang perlu dipilih ialah jalan balik semula ke library yang jauh tu.. tapi, demi purse tu aku memang sanggup.. yela kesian farah.. sume benda dalam tu benda penting, i.c, kad atm bank, lesen lagi.. macam2 la.. tak sampai tengok kawan sendiri kena macam tu.. kami pon patah balik library laaa.. ALHAMDULILLAH, nasib baik kami jumpa dekat2 dengan library.. purse tu jatuh kat tempat yang gelap.. fuhh!! lega la.. nasib baik takde orang nampak.. kalau tak,memang lesappp macam tu aje!! tapi ade jugak barang dye yang hilang tak jumpa.. cincin kapel dye.. kesian sangat tapi nak buat macam mane.. cincin tu longgar sangat.. so maybe tak perasan tercicir dari jari dye.. tambah tolak tambah tolak, aku sampai bilik pukul 1 lebih jugak la.. hurm.. penat.. tapi demi membe babe.. aku samggup je.. siapa tak sayang membe oii!! sampai je bilik, aku dengar cerita tak sedap pulak dari roomate aku, anis.. dye cakap lately nie banyak kes curi.. and aku memang tersangatlah takut bile dengar macam2 cerita.. YA ALLAH YA TUHANKU, SELAMATKANLAH AKU.. amiinnn... aku harap aku dipelihara oleh ALLAH dan dijauhkan daripada bencana2 yang  besar..INSYAALLAH.. =)